Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Muat Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Bahasa Melayu (KOD: 1103), Pendidikan Islam (KOD: 1223), Pendidikan Moral (KOD: 1225), Sejarah (KOD: 1249), Matematik (KOD: 1449), Sains (KOD: 1511), Geografi (KOD: 2280), Pendidikan Seni Visual (KOD: 2611), Matematik Tambahan (KOD: 3472), Bahasa Cina (KOD: 6351), Bahasa Tamil (KOD: 6354), Bahasa Inggeris Yang Dijajarkan Kepada CEFR (KOD:1119) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.
Belum ada Komentar untuk "Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)"
Posting Komentar